TAHNIAH!!!! ANDA PENGUNJUNG KE......

Tuesday 25 October 2011

PROFIL SEKOLAH

PENDAHULUAN


Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin adalah salah satu Institusi Pendidikan Berasrama Penuh yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia merupakan Pusat Pengajian yang mengandungi dua aliran pengajian iaitu Aliran Sains dan Aliran Thanawi.


OBJEKTIF

1.Mendidik pelajar ke jalan yang diredhai Allah dengan kekuatan Iman, Amal dan Takwa.
2.Melahirkan pelajar yang cintakan kecemerlangan ilmu, kemurnian akhlak dan keluhuran peribadi ke arah pembangunan muslim yang berkualiti.
3.Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam semua bidang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa.
4.Melahirkan pelajar lulusan pendakwah dan memahami agama dari sumber yang asal. Dalam konteks ini akan dapat melahirkan para tenaga professional dan pendakwah.

MISI

Bahawa sesungguhnya Misi Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin adalah untuk meningkatkan kemampuan dan keberkesanan pelaksanaan program dan aktiviti sekolah untuk melahirkan individu yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, berkebolehan dan berwawasan.


VISI


SMAASZA TERBILANG 2015

MATLAMAT

Untuk membentuk insan yang soleh, melahirkan warganegara yang beriman, bertakwa, berakhlak, berpengetahuan tinggi dan berkemahiran sesuai dengan kehendak Islam dan negara.




*Pada 27 September 2011 SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin diikhtiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK).
*Kebitaraan SMAASZA ialah sains dan nadi silat.

No comments:

Post a Comment