TAHNIAH!!!! ANDA PENGUNJUNG KE......

Tuesday 25 October 2011

BINGKISAN SEJARAH SMAASZA





     Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu di asaskan oleh Allayarham Ustaz Sheikh Ahmad Mohd Noor Pattani dari Mekah. Ianya ditubuhkan untuk pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Pada awal penubuhannya, pembelajaran hanya berjalan pada waktu petang sahaja bertempat di SK Paya Bunga pada tahun 1925 hingga 1927. Kemudian berpindah ke SK Bukit Jambul Kuala Terengganu pada tahun 1928 hingga 1932.

 
     Setelah Ustaz Sheikh Ahmad Mohd Noor Pattani bersara sebagai Pengetua, tempat beliau diambilalih oleh Ustaz Haji Abd Rahman Daud Al Makki. Pada tahun 1942, Sekolah Menengah Agama Ladang telah didirikan hasil bantuan DYMM Sultan Zainal Abidin, Kerajaan Negeri Terengganu dan derma orang ramai. Sekolah ini kemudiannya telah dirasmikan pada 15 Rejab 1353H bersamaan 13 November 1932 oleh Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Pada peringkat awal, penubuhannya mendapat tentangan daripada Penasihat British.
 
     Setelah mencapai kemerdekan, sekolah ini telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Pada tahun 1958, sekolah ini telah mempunyai 2 tahap pembelajaran:-
-Bahagian Rendah - tempoh pengajian selama 5 tahun bertempat di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
-Bahagian Menengah- tempoh pengajian selama 4 tahun bertempat di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di Kampung Batu Burok, Kuala Terengganu.
     Pada tahun 1964, SMAASZA telah diperbesar dengan penambahan bangunan, dewan dan perpustakaan. Pada tahun 1967, bangunan sekolah dilengkapkan lagi dengan Makmal Sains, Bilik Jahitan dan Bilik Masakan.Dari segi akademik,pada tahun 1968 pelajar-pelajar sekolah ini telah mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar-pelajar aliran Thanawi ,mereka yang lulus akan ditauliahkan dengan Sijil Syahadah Nihaeiah Limadrasah Al Sultan Zainal Abidin.Pemegang-pemegang sijil ini kemudiannya ditawarkan jawatan seperti Guru Agama dan Pegawai-pegawai Agama Negeri.Bermula pada tahun 1986,Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) telah dinaikkan taraf sebagai satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

     Kesimpulannya, Sekolah ini telah mengeluarkan pelajar-pelajar yang berjaya.Pelajar-pelajar lulusan sekolah ini telah diterima masuk ke pelbagai pusat pengajian tinggi negara seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ,Universiti Malaya (UM), Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Madinah, Moroco dan lain-lain.










No comments:

Post a Comment