TAHNIAH!!!! ANDA PENGUNJUNG KE......

Tuesday 25 October 2011

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING



OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMA(A)SZA


-Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan latihan,pengalaman yang selaras dengan kemampuan  dan potensi pelajar,
-menberi  khidmat pencegahan bertujuan untuk menghindari pelajar dari terlibat dalam perbuatan salah laku disiplin.anti sosial,jenayah juvana,penhalahgunaan dadah  dan  lain –lain melibatklan pelajar.
-mengadakan  khidmat bersifat pemulihan yang  bertujuan  untuk untuk mengorientasikan semula pelajar yang ber masalah  peribadi sosial,akademik ,kerjaya agar mereka mampu  menangani dan menghadapi masalah mereka secara lebih berkesan.
-menberi khidmat kaunseling  krisis kepada pelajar –pelajar SMA(A)SZA yang memerlukan nya.
-mengadakan aktiviti bimbingan tunjuk ajar kepada pelajar supaha mereka manpu menguasai kemahiran- kemahiran dan merealisasikan nilai- nilai murni sebagai suatu budayan yang sesuai dan berteraskan norma-norma masyarakat dan nilai- nilai islam.
-menyediakan khidmat konsultasi dan rujukan bagi memudahkan pelajar menggunakan  segala kemudahan yang disediakan di sekolah ke tahap maksimun
- memperkemaskan perkhidmatan dengan menggunakansistem maklumat berkomputer bagi meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya SMA(A)SZA.

BIDANG-PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMA(A)SZA  


1.Perkhidmatan Inventerori dan Rekod
-bertanggungjawab mengumpul dan merekod butiran- butiran dengan penilaian  dan pentafsiran pelajar.
-menyelaras ,menjaga ,dan mengemaskinikan rekod pelajar.
-memberi maklumat objektif mengenaipencapaian ,kemajuan,dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalahuntuk tujuan pemulihan.

2.Perkhidmatan Pengumpulan dan Penyebaran  Maklumat

-Mengumpul,menyelia dan menyebarkan maklumat mengenai kerjaya dalam semua bidag,vokasional, latihan,dan pelajaran kepada pelajar-pelajar misalnya melalui risalah,buku poster,harikerjaya,pameran kerjaya, dan buletin. 
-Mengelolakan lawat6an kerjaya ,bermaklumat ke kilang/IPTA/IPTS di Malaysia.
-Menberi maklumaty mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru –guru dan anggota masyarakat.
-menyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

3.Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kelompok
-Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif,efektif,psikososial, fizikal seksual,dan moral agama para pelajar.
-Mengadakan b imbingan dan kaunseling  tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai  dengan kelompok tertentu m isalnya masalah disiplin,perib adi, sosial,dan lain-lain.


4.Perkhidmatan Kaunseling
-Kaunseling pelajar secara individu ataui kelompok mengenai:
.Pencapaian akademik  yang tidak memuaskan
.Rujukan guru ,ibu bapa,atau orang lain.
.Kerjaya, pelajaran,dan peribadi
.Masalah disiplin seperti ponteng,lepak,merokok,dan lain-lain
-Kaunseling keluarga jika perlu
-Kaunseling tunjuk ajar seperti adakan kelas untuk mengajar perkara-   perkara seperti penilaian kendiri,komunikasi,membuat kerputusan dan sebagainya.
                                                                       
5.Perkhidmatan Penempatan
-Membantu pelajar memilih aktiviti kokurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya   pilihan dan kemampuan.
-Membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk membuat pilihan ke IPT, pusat kemahiran atau memasuki institusi pekerjaan.

6.Perkhidmatan Pencegahan Dadah dan Inhalen
-Mengadakan bimbingan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap membenci najis dadah.
-Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar-pelajar untuk mendapat rawatan atau pemulihan.
-Membuat laporan atau penilaian tentang program pencegahan dadah.

7.Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
-Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan dan kaunseling.
-Membantu  ibibapa atau penjaga dalam hal berkaitan kebajikan pelajar.
-Berunding dan berbincang dengan staf sekolah mengenai cara-cara untukmenigkatkan prestasi perkhidmitan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
-Merancang bersama guru-guru tentang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan pelajar.

8.Perkhidmatan Penyelarasan  Resos.
-Penyelarasan bagi  aktiviti berhubung kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.
-Menjadi  pakar rujuk dalam aktiviti kokurikulum.
-Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha memperkenalkan lagi aktiviti bimbingan kepada agensi kominiti setempat.

9.Perkhidmatan konferens Dengan Ibubapa.
-Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan pelajar terutama dalam akademik.
-Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibubapa.
-Berkerjasama dengan ibibapa pelajar dalam mewujudkan disiplin.
-Mengadakan kaunseling keluarga  jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

10.Perkhidmatan Penyelidikan dan Penilaian.
-Membuat penilaian aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan bertujuan untuk penambahbaikkannya.
-Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11.Sistem Fail, Rekot dan Dokumentasi.
-Memudahkan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling.
-Mengadakan system fail, menyimpan rekod, surat-menyurat, pengendalian bahan bercetak dan penyelidikan laporan aktiviti.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti, Pengetua, PPD, Negeri dan Kementerian.



PERLUKAH SAYA BERKUNJUNG KE BILIK KAUNSELING ?

MENGUNJUNGI BILIK KAUNSELING TIDAK TERHAD KEPADA PELAJAR YANG BERMASALAH SAHAJA. MALAH, SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG INGIN BERJAYA ANDA HARUS, MENGUNJUNGI BILIK KAUNSELING, KERANA SEGALA MAKLUMAT YANG ANDA PERLUKAN ADA DISINI. ANTARANYA:-

· Kaunseling individu dan kelompok
· Bimbingan individu dan kelompok
· Kursus/bengkel/seminar
· Kem/lawatan
· Tayangan video
· Taklimat
· Pembimbing rakan sebaya
· Mentor - mentee
· Pameran
·  Pertandingan aktiviti pendidikan dan kerjaya
· Inventori minat/personaliti dan lain-lain
· Kursus kemahiran /kepimpinan dll
· Kemahiran belajar
· Kemahiran berkomunikasi
· Kemahiran pengurusan masa
· Kemahiran membaca
· Kemahiran mengambil nota/mencatat
· Kemahiran mendengar
· Kemahiran mengingat
· Kemahiran mengulangkaji
· Kemahiran mengurus diri
· Strategi menghadapi peperiksaan
· Pengumpulan maklumat kerjaya
· Pendidikan/pemilihan kerjaya
· Panduan pemilihan mata pelajaran
· Pembimbing rakan sebaya
· Kemahiran menyelesaikan masalah
· Perkembangan diri/individu
· Pendidikan pencegahan rokok, dadah
· Pendidikan perkembangan seksual
· Menangani stress
· Pencegahan /hindari HIV/AIDS dan lain-lain
· Pendidikan Keremajaan





No comments:

Post a Comment