TAHNIAH!!!! ANDA PENGUNJUNG KE......

Tuesday 25 October 2011

LATAR BELAKANG SEKOLAH KLUSTER


LATAR BELAKANG SEKOLAH KLUSTER
            Idea pewujudan Kluster Kecemerlangan Institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006.Hasrat tersebut bertujuan untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara manerusi Kluster Kecemerlangan Institusi pendidikan
            KPM telah mengikhtiraf 30 buah sekolah sebagai Sekolah Kluster Fasa 1 dan YB Menteri Pelajaran melancarkan sekolah tersebut pada 30 Mac 2007.30 buah Sekolah Kluster Fasa 2 telah diperakukan oleh YB Menteri Pelajaran pada awal April 2008.Kesemua sekolah tersebut ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya tersendiri,yang berupaya melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik,kokurikulum,sahsiah,pengurusan sekolah,budaya,hubungan dengan pihak luar,pembangunan modal insan dan sumber yang ada.
            Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) dalam bidang tertentu yang dapat menyerlahkan watak sekolah dan melonjakkan kekuatan sedia ada sekolah tersebut.Berdasarkan elemen inilah sekolah berupaya membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang dapat bersaing di peringkat global (Global Player) seterusnya menjadi contoh teladan (showcase) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

DEFINASI SEKOLAH KLUSTER
            Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang horilistik dalam aspek akademik,kokurikulum,sahsiah serta penampilan diri.Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.

MATLAMAT SEKOLAH KLUSTER
·         Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

  • ·         Membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok.
  • ·         Menjadi showcase di peringkat antarabangsa.

PELAKSANAAN PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER
Pelaksanaan pemilihan sekolah sebagai kluster kecemerlangan melalui 3 jawatan sebelum diperakui oleh Menteri Pelajaran Malaysia.Jawatankuasa tersebut ialah:
  1.                     Jawatankuasa Pelaksanaan Sekolah – dipengerusikan oleh Timbalan Kuasa Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).
  2. Jawatankuasa Pemilihan – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
  3.  Panel Penasihat – dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad.

Bagi memastikan semua sekolah terlibat dalam program melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Teras Keenam PIPP,sekolah dikelompokkan mengikut 3 tahap iaitu:
  1.  Tahap A - Sekolah Berasrama Penuh ,Sekolah Premier,Sekolah 100 Tahun ,Sekolah Teknik (Kawalan) dan Sekolah Rendah(bandar).
  2. Thap B – Sekolah menengah harian (bandar) ,sekolah kebangsaan (bandar),SJKC dan SJKT (bandar),Sekolah Menengah Agama,Sekolah Pendidikan Khas.
  3. Tahap C- SekolahRendah (SK,SJKC,SJKT) dan Menengah luar Bandar dan pedalaman,Sekolah Pendidikan Khas,Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kurang Murid.

KEBITARAAN SEKOLAH (NICHE AREAS)
            Sekolah Kluster seharusnya mempunyai kekuatan atau kecenderungan tertentu,sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum.Sekolah boleh terus memajukan bidang tersebut berdasarkan keupayaan,kekuatan,advantage,kemudahan,hubungan dengan komuniti dan infrastruktur yang sedia ada.Sekolah juga boleh mengadakan dana tambahan bagi membiayai progrem tersebut.Kemerlangan dalam satu-satu aspek memaparkan kelainan sekolah dengan sekolah lain.Kemampuan sekolah memperagakan kecemerlangan dalam satu-satu bidang akan memperkukuh watak sesebuah sekolah.

Kebitaraan Akademik
  •          Mata pelajaran yang menjadi identiti sekolah
  •          Merangkumi semua aktiviti ko-akademik yang berkaitan dengan pelajaran tersebut
Kebitaraan Kokurikulum
  •      Aspek Kokurikulum yang menjadi identiti sekolah  
        =Boleh dipilih daripada sukan,kelab dan badan beruniform 

No comments:

Post a Comment